Skip links

Satu Klik ke Masa Depan.ke Tempat BelajarBina Kejayaan

Bina Jalan Kejayaan Anda Bersama StudyJom!

STUDY JOM

Kenapa StudyJom?

Kerana setiap impian layak diberi peluang.

Di sebalik setiap pelajar ada cerita – tentang usaha, harapan, dan masa depan yang ingin dikejar. Di StudyJom, kami percaya bahawa pendidikan bukan sekadar angka atau sijil, tapi tentang membina jalan hidup yang bermakna. Tak kira siapa anda – pelajar bandar atau luar bandar, cemerlang atau sedang mencari semangat semula – StudyJom hadir untuk memudahkan langkah anda.

Satu klik. Satu harapan. Satu masa depan.   Itulah StudyJom

Fokus study jom

Membuka Jalan Menyuluh Masa Depan.

StudyJom memberi tumpuan kepada empat teras utama:

Program Kemahiran

Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM)

Program Keusahawanan

Pemasaran Digital, Artificial Intelligence dan banyak lagi.

Program MQA

Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana

Program Pelajar Sekolah

Motivasi dan Skor A

Pengambilan dibuka

Program Diploma

SPM 3 Kredit sahaja dah boleh belajar

Diploma in Cabin Crew Management ialah program pengajian yang direka khas untuk melatih pelajar dalam bidang perkhidmatan penerbangan, khususnya sebagai krew kabin. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran komunikasi, keselamatan penerbangan, prosedur kecemasan, etika perkhidmatan pelanggan, dan pengetahuan asas penerbangan.

Pelajar akan mempelajari aspek pengurusan operasi dalam kabin pesawat, protokol keselamatan, penampilan profesional, dan peranan krew kabin dalam memastikan keselesaan serta keselamatan penumpang sepanjang penerbangan. Kursus ini juga melibatkan latihan praktikal, simulasi penerbangan, dan peluang latihan industri.

Prospek kerjaya: Pramugari/Pramugara, Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Penerbangan, Penyelia Kabin, dan jawatan berkaitan dalam industri penerbangan dan hospitaliti.

Diploma in Hotel Management ialah program pengajian yang memberi fokus kepada pengurusan operasi hotel dan hospitaliti. Ia direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan hotel, perkhidmatan pelanggan, operasi makanan & minuman, pengemasan bilik (housekeeping), dan pengurusan acara.

Pelajar akan didedahkan kepada aspek teori dan praktikal dalam industri hospitaliti termasuk komunikasi profesional, pengurusan sumber manusia, pemasaran hotel, dan sistem tempahan. Kursus ini turut merangkumi latihan industri bagi memberikan pengalaman kerja sebenar.

Prospek kerjaya: Pengurus Hotel, Penyelia Operasi, Eksekutif Perhubungan Tetamu, Pengurus Restoran, dan jawatan dalam pelancongan serta pengurusan acara.

Diploma in Law Enforcement ialah program pengajian yang memberi tumpuan kepada aspek penguatkuasaan undang-undang, keselamatan awam, dan keadilan jenayah. Program ini direka untuk melatih pelajar dalam pemahaman undang-undang, prosedur penyiasatan, keselamatan komuniti, serta etika dan integriti dalam penguatkuasaan.

Pelajar akan mempelajari topik seperti sistem perundangan, prosedur jenayah, kriminologi, pengurusan kecemasan, dan latihan asas kepolisan. Kursus ini juga merangkumi latihan fizikal dan kemahiran praktikal yang diperlukan dalam tugasan penguatkuasaan undang-undang.

Prospek kerjaya: Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang, Pegawai Polis, Pegawai Imigresen, Pegawai Penjara, Penyiasat Swasta, dan jawatan berkaitan dalam sektor keselamatan dan perundangan.

Jom sertai program kami

Impian Jadi Pramugara / Pramugari? Mulakan Di Sini!

Diploma dalam Pengurusan Krew Kabin kini dibuka untuk pelajar lepasan SPM yang ingin menjelajah dunia dengan penuh bergaya. Dengan hanya 3 kredit SPM, anda boleh menyertai kursus ini dan melangkah ke dunia penerbangan profesional.

sudut berita

Info Terkini

pengambilan 2025

Anda pilih program Diploma yang anda minat

This website uses cookies to improve your web experience.